Friday, December 2, 2011

Adobe Lightroom | Portraiture

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Dengan rajin & bermurah hatinya, hari ni aku nak share cara yg simple utk edit portrait.

Editing ini menggunakan perisian Adobe Lightroom 3.5. Kalau korang ada version lain tapi nak follow boleh jek, bendanya sama, tak byk perubahan sgt. Tapi kalau korang sibuk tanya camne nak guna Photoshop ke Photoscape ke Picasa ke, g google sendirik. Ini utk Lightroom je.

Since ni bukan tutorial lengkap, tapi just tutorial simple, aku harap mereka yg nak ikut tips ni sanggup belajar Import/Export dan segala basic feature dlm Adobe Lightroom tu sendiri. In fact kat youtube banyak je cara. So jgn expect aku utk cerita everything ok? 

Ok, say kita ada 1 gambar portrait yg lebih kurang mcm ni:


Gambar di atas ni straight dari kamera Pentax K20D & SMC Pentax-M 50mm F2. Di ambil dgn aperture f/2.8, format JPEG.

Nampak mcm dull sikit kan? So jom kita edit kasi cantek skit guna Lightroom.

So first of all, import gambar ni masuk LR dan pergi kpd Develop section.


Ok, proses editing bakal bermula. Utk editing portrait, kita akan byk bermain dgn Adjustment Brush, so sila klik icon brush yg terdapat di tab sebelah kanan:


Bila klik icon tu, byk option yg akan keluar. For starters, kita akan guna Soften Skin utk melembutkan tekstur muka subjek. So klik pada Effect dan pilih Soften Skin.


Saiz pada brush boleh dikawal dgn scroll pada mouse. Just scroll mouse tu ke depan/belakang utk mendapatkan saiz brush yg korang ingini.

Sebelum start, seeloknya korang pergi kat bawah gambar tu kan, ada option Show Selected Mask Overlay. Tick option ni, supaya nanti area yg korang brush tu akan berwarna merah, menandakan yg area merah tu ialah tempat yg sudah di-brush.


Seterusnya kita beruslah area wajah subjek yg kita nak kasi soft tu. Area yg di-brush itu akan berwarna merah, jgn panik, merah tu cuma indicator, bukannya kita dah brush kaler merah kat muka subjek.


Kalau ikut cara aku, aku takkan brush area mata, kening dan mulut, sebab kalau situ pun soft, nnt nampak pelik. Plus mata sharp lah yg kita nak.

So andaikata la kan korang ter-brush kat tempat yg tidak dikehendaki efek brush tu, hold butang ALT, brush tadi akan bertukar jadi simbol (-) instead of (+). So sambil menge-hold button ALT tu, keep brushing kat tmpt yg korang tanak tu, nnt indicator merah tu akan hilang.

Ok, dah habis brush? Tekan button DONE yg terdapat pada bwh gambar, voila~ muka subjek sudahpun jadik mcm softlan.

Selanjutnya kita nak putihkan gigi dan mata pulak. So again, klik icon brush dan pilih Teeth Whitening.


Katakan la korang guna LR version lama yg takde feature Teeth Whitening ni, just simply tiru indicator Exposure dan Saturation mcm dlm gambar kat atas ni.

Pastu kita brush area gigi dan putih mata dan lepas tu tekan DONE.


Okeh, muka dah soft, gigi dah putih. Apa lagi yg kita boleh improve?

Oh yeah, subjek pakai contact lens. Kali ni kita akan guna plak brush Iris Enhance utk kasi kaler contact lens tu lebih menyerlah. Again, kalau LR lama yg takde version ni, tiru je setting ikut gambar bwh ni:


So kita pun brush la area contact lens tu dan klik DONE lps habis.

 

Orait, setel dah penggunaan brush so far. 

Jom kita check kalau-kalau ada parut pada subjek yg kita boleh remove. Aha, ada, kat pipi sebelah kanan.

So utk buang parut tu, pergi kat area berdekatan Adjustment Brush tadi, dan klik Spot Removal:


Sama seperti brush, saiz boleh dikawal dgn menggunakan scroll pd mouse.
Pergi pada tempat yg ada parut tadi, adjust saiz ikut besar mana parut tu, pastu klik je, nanti akan muncul bulatan lagi satu yg beranak panah kpd bulatan asal, kira skrg ada dua bulatan la.


Klik pada bulatan yg baru dan letakkan dia pada tempat yg lebih kurang sama kaler dan texture dgn bulatan pertama. The idea is kita sebenarnya akan 'copy' segala apa yg ada dlm bulatan kedua tu, dan di- paste kan ke dlm bulatan pertama. So segala apa yg ada dlm bulatan 2 tu akan wujud pada bulatan 1. Tak paham? Takpe, try je letakkan bulatan kedua tu kat area mata ke mulut ke, nnt korang akan faham :)

Ok, hilang sudah parut. Kali ni kita main Brightness dan Vibrance plak.


Tinggikan Brightness sesedap rasa supaya bila gambar terang, cacat cela pada muka akan terlindung.
Vibrance plak efek dia mcm Saturation, cuma Vibrance ni lebih kpd pengawalan warna pada skintone.

Ok, siap sudah! :D

Jom kita compare hasil sebelum dan selepas:


Lps dah edit tu, boleh la export ikut cara ni: Exporting Photos.

Senang je kan? Kalau korang rasa mcm tanak stop, teruskan je edit sampai korang rasa puas hati. Editing ni subjektif. Bagi aku gambar ni mcm okey, tapi mungkin bg korang ada lg yg patut di-touch up. Semua ikut selera masing-masing.

Sekian tutorial pendek dari aku yg pemalas :D

Ejad Fotopoyo

13 comments:

  1. Terima kasih di atas info yang sungguh berguna! Blog kau memang sangat banyak info tentang fotografi yang ramai orang tak tahu. Keep it up bro, good work!

    ReplyDelete
  2. TQ untuk tutorial yang bagus ini.

    Saya dah try Lightroom lepas artikel mengenai software dulu. Rasanya kalau banyak main dengan vibrance dan clarity pun dah cukup untuk tujuan editing yang very very light kan?

    ReplyDelete
  3. Pida:
    utk editing yg bapak simple+basic habis, boleh jek klik AUTO, lepas tu main je dgn Contrast, Vibrance dan Clarity :)

    ReplyDelete
  4. thanks bro ejad.. berguna tutorial yg di tunjuk ajar ni.. bykkan lagi tutorial yg len bro.. chayok! chayok

    ReplyDelete
  5. terbaik bro, lama dah cari editing guna lightroom nih, salalu main photoshop je, ssh skit sbb kna open satu2 gambar...lightroom sng skit..thumbs up.

    ReplyDelete
  6. memang cantik bro,sy pun nk mncube....thanks diatas segala tunjuk ajar.. :)

    ReplyDelete
  7. salam bro..nk tanye knape sy punye lightroom 2 tkde option 'Show Selected Mask Overlay' adakah sy perlu mencari lightroom yg terbaru...button 'done' pun tkde bwh gambar tu bila sy selesai edit soften skin..bleh bro ejad bg pandangan adakah patut sy menukar kepada lightroom yg terbaru..

    ReplyDelete
  8. aku dah bookmark.. aku akan selalu kesini.. terima kasih atas ilmu yg anda kongsikan..

    ReplyDelete
  9. soalan sama dengan ardli pasal "Show Selected Mask Overlay'"..kalau guna 2.5 xde ye application tu?..maaf...sy benar2 tak tahu wlpn bro cakap td untuk 3.5 kan.. :) harap respon..terima kasih..

    ReplyDelete
  10. ardli & nekmo:
    soalan korang kan, mcm "sy pakai Office 2003, tak bole baca file Office 2007. so perlu ke sy upgrade?"
    so korang rasa mcm mana? nk upgrade ke tak? terpulanglah wahai kekanda sekalian. seriously u dont have to ask me this kind of question

    ReplyDelete
  11. trima kasih atas prkongsian ilmunya.....

    ReplyDelete