Saturday, May 9, 2015

Travelog | Seoul | Day 2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Ha ni travelog utk hari ke-2 plak. Bagi yg belum baca day 1, jom ke sini - Seoul Day 1.

Setelah puas tido selama 8 jam, bangun makan roti bakar (breakfast provided di Bong House), pack kamera passport bekal makanan apa semua, bergeraklah kami ke subway utk ke destinasi seterusnya. Harini kitorang plan nak jejalan tempat bersejarah.

Cuaca haritu agak panas. Panas berpeluh tapi tak sepanas Malaysia negara tercinta la.

Untuk hari kedua ni, kitorang dah melawat kawasan2 berikut:
  1. Changdeokgung Palace
  2. Bukchon Hanok Village
  3. Insadong
  4. Namsan Tower

Ngantuk lagi ekceli

Ke-silent-an X100S membenarkan aku candid budak ni walaupun duk sebelah dia je

Direction ke Changdeokgung Palace : Anguk Station (Seoul Subway Line 3), Exit 3. Search je dekat apps Subway tu Anguk Station, nanti dia bagi tau the fastest route.

Lepas dah exit drpd subway, on the way nak ke sana tu sempat la amek gambar pokok sikit. Lawa plak pokok tu.



Sesambil tu jugak aku bajet jadi street photographer, amek beberapa gambar candid.




Changdeokgung Palace


Lepas dah menapak dlm 5 minit camtu, maka sampailah kitorang ke Changdeokgung Palace.
Nak bebel lelebih pasal benda ni tak reti (ekceli aku malas), so sesape yg nak tau sejarah tempat ni, boleh baca Visit Seoul - Changdeokgung Palace.


FYI, utk jejalan sini, ada tour guide - Korea dan English. So lepas beli tiket, kitorang tunggu tour guide yg boleh berbahasa inggeris utk lead kitorang. Ramai la mat salleh join, yg dari Malaysia dan Indonesia pun ada sekali.

Admission fees 3,000 won untuk dewasa. Tutup setiap Isnin. Untuk English tour guide, waktu dia pukul 10:30 dengan 14:30. Duration tour pusing palace ni ambik masa dalam 60 minit, bergantung pada cuaca masa tu. Lain season, lain waktu masuk dia. Yang bagus kalau ikut guide ni, takde la takde hala tuju sangat, lepas tu tak lost track of time sebab tempat tu besar banyak bangunan.

Anyway, aku taktau pun amende yg nak dibebel. Of kos tour guide tu dah explain mcm-mcm tapi harusla utk aku tak ingat kan hehe plus aku busy amek gambar. Tapi awal tadi aku ada bg link so korang boleh la baca situ kalau berminat. Bagi yg malas nak amek tau, enjoy je la gambar-gambar yg aku amek sepanjang perjalanan kat palace ni eh. 


























Utk trip harini, aku hanya bwk Fujifilm X100S dan Fujifilm Instax, Samsung EX2F aku tinggal kat guesthouse. Pastu kan, aku menyesal. Sbb byk wide scene yg aku tak dpt nak shoot. Sedih je :(
Tapi seketul kamera pun dah banyak gambar ha.


Secret Garden


Dlm kawasan palace ni juga ada Secret Garden. Aku suka jejalan sini sbb redup banyak pokok. Kalau jejalan sini time Fall mesti lagi kacak.

Admission fee untuk Secret Garden pulak 5,000 won. Tiket Secret Garden ni boleh beli sekali dengan tiket untuk Changdeokgung Palace dekat kaunter pintu masuk palace.

Untuk ke Secret Garden ni memang kena ada guide tak boleh nak sesuka jalan sendiri. Waktu English tour guide pukul 11:30, 13:30 dengan 15:30. Biasanya lepas habis tour dekat palace tu, guide tu sendiri akan bawak pergi pintu masuk Secret Garden. Duration tour 90 minit. Tapi tak rasa pun 90 minit tu sebab tempat dia besar sangat.

Tempat ni berbukit bukau jenuh jugak nak berjalan tu. Jadinya tempat ni tak berapa digalakkan la kalau travel dengan warga kilauan emas ke contohnya.

So anyway, mcm biasa la, enjoy the pictarsss...









































Bukchon Hanok Village


Seterusnya, kitorang bergerak ke Bukchon Hanok Village. Tmpt ni terletak belakang Changdeokgung Palace je. Jalan kaki sikit lepas tu sampai. Cuma masa nak ke sana tu kitorang mcm blur2 gak la, memula ke sana pastu patah balik pastu haa baru jumpa.

Dlm kawasan ni, terdapat banyak rumah traditional yg dipanggil 'hanok', yg mula wujud pada Dinasti Joseon. Selain rumah, dlm ni banyak jugak guesthouse yg mempunyai design traditional.

Utk kawasan ni, no ticket required. Dia mcm kampung la, korang sampai pastu jejalan je tanpa rasa bersalah. Kebetulan masa tu pun boleh tahan ramai gak la korean jalan2 situ.




















Besar gak laaa tempat ni. Kalau ikutkan nak pusing habis, tp tgk2 kitorang akan jumpa benda yg sama je. Lagipun agak pancit dah sbb situ punya jalan bukit2.


Insadong

Habis pusing Hanok Village, kitorang gerak ke Insadong plak. Pun jalan kaki je sbb agak dekat. Kalau rasa nak membeli belah, sini antara tempat yg paling digalakkan. Kat sini banyak dijual barang2 tradisional, contoh mcm hanbok (traditional clothing), hanji (traditional paper), traditional teas, pottery, and folk crafts. Kat sini jugak ada sebuah shopping complex iaitu Ssamziegil. Aku takde plan sangat pun nak shopping so aku just cuci mata je la masa lalu kawasan ni.

Info lanjut - Visit Korea - Insadong















Namsan Tower


Destinasi terakhir utk hari ni ialah Namsan Tower. Dari tower yg setinggi 236.7m ni kita boleh view the city of Seoul.

Utk naik tower ni, ada 2 pengangkutan yg kita boleh pilih - cable car atau bas. Masa ni kitorang mcm kemain eksaited la nak naik cable car, kekonon mcm cable car langkawi la, 1 car tu dlm 4 org, very slow, masa naik tu boleh layan view. Sekali dia punya cable car mcm bas daaa. Sumbat kasi penuh. Dah la beratur almost 2 jam utk naik tu. Menyesal oke. Kalau tau mcm tu mmg aku naik bas je ha. Murah berkali2 ganda drpd cable car nih.

Dah sampai atas tu, belum dpt naik tower lagi. So kena beli ticket yg berharga 9000 won sorang. Pastu nak tunggu turn naik tu kena la tunggu dlm 30min ke sejam mcm tu.

Lepas dah dpt naik atas tu, mmg agak berbaloi la dpt tgk view Seoul dari atas. Kalau pergi siang mungkin lg lawa, tp kebetulan hari tu, siang tu mendung je, langit kosong, so better malam la.


Bagi yg ingin mengambil gambar seperti di atas ni, bukan senang. Sbb kita akan amek gambar against the glass, lepas tu luar tu gelap dan dlm tu cerah penuh lampu. Cermin depan korang akan memantulkan view belakang korang, menjadikan gambar korang tak cantik sbb ada pantulan.

Ni gambar atas yg asal. Nampak kesan pantulan kat belah kanan gambar?
Lepas tu aku mintak member block view, menutup kawasan pantulan tu supaya jadi gelap, maka dapat la gambar yg bawah tu pulak:


Yang penting, masa shoot tu, rapatkan lens korang dgn cermin. Ini bagi mengelakkan korang nampak pantulan drpd cermin tu. Aku ada diskas pasal ni dlm artikel Tips Mengambil Gambar di Muzium



Ok setel. Pastu kitorang turun tower tu, bajet nak tgk tmpt yg banyak mangga kunci tu. Sekali dah tutup la pulakkk sbb dah pukul 11. Sedih. Dlm masa yg sama kitorang kena kejar train sbb last train dlm pukul 11.40 mcm tu. Kelam kabut naik bas pastu jalan lelaju nak naik subway, takut terlepas train.

Day 2 ni mmg hari yg memenatkan. Sbb terlalu banyak berjalan. Lenguh giler kaki weh.

BTW, harini banyak bunga yg kacak2. Bunga tepi2 jalan je pun, bukan dlm taman astakona ke apa ke tapi lelawa la.








Nanti ada masa aku bebel Day 3 plak. Day 3 kat Nami Island so banyak la gambar lelawa hehe.

Ejad Fotopoyo