Saturday, October 17, 2015

Teknik Mengatasi Masalah Gambar Blur Tanpa Tripod


Gambar blur?

Itu perkara biasa. Sape yg tak pernah dpt gambar blur, tu maksudnya dia hebat sangat, atau dia tak pernah amek gambar.

Nak prevent benda ni 100% mmg tak dapat, since kita ni manusia. Kita bernafas, bergerak, menggigil, so gambar blur tu adalah 1 benda yg mmg akan berlaku. Namun begitu, terdapat beberapa kaedah atau tips yg boleh kita amalkan utk mengurangkan atau mengelak drpd terjadinya ke-blur-an ini.


PUNCA UTAMA


Ada 2 punca utama penyebab gambar blur ni, iaitu shutter speed yg perlahan, serta pergerakan kita atau subjek yg kita nak rakam.

1. Shutter speed perlahan

Perlahan yg mcm mana? Senang cerita bila time korang amek gambar tu, jarak bunyik utk shutter tu terbuka dan tertutup agak lama. 

Contoh biasanya kita amek gambar, kita dgr "ka-cik!" Tapi kalau kita dengar "ka" pastu ada jarak masa pastu baru "cik!", ha tu maknanya shutter speed kita perlahan dan kemungkinan utk kita dpt gambar blur tu agak tinggi.

Dan apa pula punca shutter speed perlahan? Biasanya ialah kekurangan cahaya. Contohnya korang amek gambar dlm bilik, tanpa flash, lampu pulak style lampu malap2 tu. Bila korang amek gambar, shutter speed yg perlahan digunakan supaya sensor dapat menerima cahaya dgn lebih banyak. Lepas tu korang pegang kamera tu, bukan guna tripod. Gambar korang terang, tapi blur la. Info lanjut boleh baca artikel Shutter Speed.

2. Pergerakan

Kadang2 shutter speed kita ok dah, takde la perlahan mana pun. Tapi kita shoot atas kenderaan yg sedang bergerak, atau kita tgh berlari, atau subjek yg kita nak shoot tu bergerak. So shutter speed kita laju, tapi tak cukup laju utk freeze-kan pergerakan tadi tu, menyebabkan gambar kelihatan blur. Dan kalau shutter speed kita dah mmg perlahan, lagi teruk la blur gambar tu.


TEKNIK MELAJUKAN SHUTTER SPEED

Bagi yg biasa guna Manual mode, korang mesti tau, bahawa shutter speed tidak boleh simply dilajukan begitu sahaja tanpa mempertimbangkan bacaan ISO dan Aperture.

Contohnya korang tgh guna mode M, setting 1/2, f/5.6, ISO400. Korang takleh simply lajukan shutter speed tu drpd 1/2 pergi 1/20 camtu je. Nanti gambar korang akan gelap.

So cane nak lajukan shutter speed sambil mempertimbangkan ISO dan Aperture?

Fujifilm X100S | ISO2500  f/2  1/60

1. Naikkan ISO

Logiknya jika anda sedang hand-held, anda perlu naikkan ISO apabila cahaya persekitaran semakin gelap. Contohnya waktu tengahari ISO200, bila sunset ISO400, kemudian bila langit dah makin gelap, ISO800 dan ke atas. Maka logiknya kalau amek gambar dlm bilik yg kurang cahaya tu, takkan nak guna ISO kurang drpd 800. Kena la up lebih sikit.

So sambil korang tinggikan shutter speed tu, naikkan ISO sekali. Contoh mcm tadi kan, masa korang naikkan shutter speed drpd 1/2 kpd 1/20, naikkan jugak ISO drpd 400 kpd 800 atau 1600. 

Cuma, dgn menaikkan ISO, korang terdedah kpd 1 lagi risiko, iaitu gambar noise. Eh apedehal dgn noise. Lebih baik gambar tu noise drpd blur, ye dak?

2. Luaskan Bukaan Aperture

Check balik setting korang tadi, aperture apa yg korang tgh guna. 

Katakan la korang tgh guna kitlens 18-55mm pada FL 18mm, aperture korang set kpd f/5.6. Ha ni bole bukak luas lagi ni, sbb angka tu boleh direndahkan lagi sampai f/3.5 bila FL 18mm. So instead of f/5.6, gunakan f/3.5. Bukaan pada f/3.5 lebih luas drpd f/5.6, menyebabkan lebih byk cahaya masuk, so korang bole guna shutter speed laju sikit. Info lanjut - Zoom Lens - Fixed & Variable Aperture

Contoh mcm tadi 1/2, f/5.6, ISO400, bila naikkan 1/2 kpd 1/20, rendahkan angka f tu kpd f/3.5. Dgn ini, anda mungkin tak perlu naikkan ISO.

Atau, gunakan lowlight lens jika ada. Lowlight lens memudahkan anda utk shoot dlm keadaan gelap.

3. Naikkan ISO + Luaskan Bukaan Aperture

Dalam keadaan tertentu yg mana cahaya terlalu gelap atau tangan tak cukup steady, korang mungkin terpaksa ubah kesemua bacaan. Contoh:

1/2, f/5.6, ISO400

Lajukan shutter speed sambil naikkan ISO, bacaan tadi jadi

1/20, f/5.6, ISO1600

Tengok2 gambar still blur sbb tangan anda tak cukup steady nak handle 1/20. 
So anda lajukan 1/20 tadi kpd 1/50, sambil luaskan bukaan aperture kpd f/3.5, maka bacaan terbaru ialah

1/50, f/3.5, ISO1600


FLASH & AMBIENT LIGHTING

Katakan korang jenis yg tak suka gambar noise2 nih, maka korang terpaksalah guna flash. Flash tu built in ke external ke sukati, nak bounce ke direct ke diffuse ke pun sukati, takkan dibincangkan disini, sbb ni artikel berkenaan mengatasi gambar blur.

Lampu jalan digunakan utk mencerahkan bangku

Atau, katakan korang tak suka flash, sbb bg korang flash menyebabkan subjek nampak cerah yg tak natural. Ha korang boleh gunakan cahaya yg sedia ada, seperti lampu meja ke, lampu bilik ke. Posisikan subjek tu di bawah lampu tu. Bila subjek dah jadi makin cerah, korang tak perlu nak guna shutter speed yg perlahan sangat.


IMPROVE CARA HAND-HELD

Meninggikan bacaan shutter speed merupakan kaedah termudah utk kita amalkan, especially bagi mereka yg memiliki kamera dgn ISO setinggi 25,600. 

Tapi, walaupun kita dah lajukan shutter speed, faktor pergerakan kita sbg manusia masih menjadi punca kpd ke-blur-an gambar. 

So mcm mana nak bagi badan dan tangan kita steady, supaya gambar lowlight kita tak blur?

1. Mantapkan Posisi Badan


Sandar kat dinding, tiang, melutut, meniarap, tahan nafas, adalah antara teknik yg anda boleh amalkan supaya posisi badan anda teguh dan stabil. Tak kisah la mcm mana, janji anda selesa dgn posisi tu. 

2. Mantapkan Pegangan Pada Kamera & Lens

Sumber: pentaxforums
Pegang kamera tu betul2, dan kalau lens tu berat, support dia betul2. Rapatkan mata dan dahi kepada kamera. Atau bagi pengguna Live View, rilekskan tangan anda atau luruskan tangan sampai strap tu tegang drpd leher ke kamera, supaya kamera lebih steady.

3. Be Gentle With Shutter Button

Mula2 kan kita pre-focus dgn menekan separuh butang shutter, lepas tu baru tekan full bila nak shoot. 

Masalahnya ada beberapa golongan yg masa shoot tu, tekan butang shutter kemain kuat, sampai kamera tu tertekan ke bawah ha. Sbb tu gambar tu blur, sbb kamera tu bergerak. 
Rilek sudah, tekan lembut2 je dgn jari tu. Bukan suruh tekan mcm tekan butang lif.

Selain tu, antara tips2 lain yg boleh diamalkan bagi mengelakkan gambar blur ialah:

ELAKKAN FOCAL LENGTH TINGGI

Seperti yg kita sedia maklum, bila kita guna focal length yg tinggi, 300mm misalnya, setiap pergerakan digandakan, dan gambar lebih senang utk blur.

Maka dgn itu, kalau boleh, elakkan guna FL tinggi2 ni. Pergi kpd subjek sedekat yg boleh if possible, supaya anda dpt guna FL yg rendah sikit.

SHUTTER SPEED = 1/FOCAL LENGTH

Biasanya, utk kita dapat bacaan shutter speed minimum yg kita boleh handle, kita tgk berapa FL kita pada waktu tu.

Contohnya kalau kita tgh guna FL 55mm, elakkan drpd guna shutter speed yg lebih rendah drpd 1/60. Kalau tgh guna 18mm, elakkan guna bawah drpd 1/20. Ha camtu la lebih kurang.

VIBRATION REDUCTION MECHANISM

IS, VR, OS, OC apejadah semua tu, make sure korang on bebenda tu dan gunakan. Bebenda tu semua akan membantu kita mendapatkan gambar yg sharp dgn shutter speed yg perlahan.


PACAK KAMERA

Pandai2 la letak kamera tu atas meja ke kerusi ke tembok ke box Givi motor ke, as long as permukaan tu keras, stabil dan tak goyang2. Kadang2 lens cap tu boleh jadi support system utk bagi kamera tu kukuh atas tembok. Be creative dan pandai2 la nak hidup.

Kalau ada bajet lebih, beli tripod kecik mcm Manfrotto PIXI ke, Gorillapod ke atau apa2 tripod kecik yg senang utk dibawa.

Sekian bebelan malam minggu. Semoga bermanfaat.

Ejad Fotopoyo

No comments:

Post a Comment